trending_flat

Pencalonan bersama Kebaya ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity

4 APRIL 2023 - Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerajui inisiatif untuk mengangkat ‘Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices’ sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah mengemukakan pencalonan secara bersama bagi Kebaya ke UNESCO kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan warisan sejarah, menggalakkan persefahaman silang budaya dan pemakaiannya masih aktif diamalkan oleh komuniti di rantau Asia Tenggara. Kata MOTAC, berdasarkan konsensus, semua negara yang mengambil bahagian dalam pencalonan bersama ini terlibat dalam beberapa siri mesyuarat sejak awal tahun 2022. "Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk bengkel pertama yang diadakan secara fizikal di Port Dickson, Negeri Sembilan pada November 2022 lalu […]

trending_flat

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand. "Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation