trending_flat

KKD adakan perbincangan bersama Google bagi benteras berita palsu

19 Mei 2023 - Pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan pertemuan bersama Google (News Partnership) pada 16 Mei lalu susulan kebimbangan ramai pihak dengan penyebaran berita palsu yang tidak berkesudahan. Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata di dalam pertemuan itu beberapa perkara telah dibincangkan terutama penekanan terhadap cara menangani berita palsu dan ini termasuklah usaha Google untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui penyemakan maklumat menerusi sebenarnya.my dan MyCheck.my. "Harapan saya, pihak Google juga dapat menyokong inisiatif tempatan yang menyediakan platform semakan maklumat seperti JomCheck dan lain-lain. Kolaborasi Inisiatif Berita Google (GNI) yang dilancarkan pada 2018 bertujuan untuk memperkukuh siaran berita perlu diteruskan di Malaysia, lebih-lebih lagi GNI telah menyokong lebih 7,000 rakan kongsi berita di lebih daripada 120 negara dan wilayah." ujar beliau. Tambanya beliau merasakan pertemuan, perbincangan dan jalinan strategik dengan platform […]

trending_flat

KKD pantau isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

27 Disember 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. Dalam kenyataan ringkas hari ini, Fahmi turut menyatakan bahawa beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember 2022. "Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023. Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd." ujarnya. Tambahnya KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation