trending_flat

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima berita gembira menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182,785,208.18 ini memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 616 projek untung. Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM 475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354. Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini. Langkah FELCRA Berhad yang […]

trending_flat

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 - Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak Selangor. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa […]

trending_flat

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta ringgit untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seribu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata, inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce). Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. Kredit Foto UKK KKDW "Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan." […]

trending_flat

SELEPAS 40 TAHUN, KPFMB TERUS MENCIPTA EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Walaupun dengan ramalan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023, industri koperasi diyakini mampu berperanan meringankan beban rakyat Malaysia di luar bandar khasnya dari kalangan B40. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baru, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa koperasi menawarkan perniagaan yang selamat dan pada masa sama memberi manfaat persekitaran yang besar kepada masyarakat setempat kerana sistem tadbir urus yang baik dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau turut memuji pencapaian unggul koperasi seperti Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) yang berjaya berkembang serta mencipta kejayaan dengan menceburi pelbagai bidang seperti perladangan, hartanah, pembangunan dan peruncitan selama 40 tahun operasinya. Menurut Pengerusi KPFMB Dato’ Haji Sabari Misran, kemampuan mereka untuk bertahan dan mengecapi kejayaan demi kejayaan walaupun selepas 40 tahun penubuhan […]

trending_flat

MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 - Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar. Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian tengahari semalam. Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi dibawahnya iaitu; 1. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA yang terlibat dengan urusan luar kerja. Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation