PBT DIGESA LIPAT GANDA SELENGGARA PARIT DAN PEMBERSIHAN UNTUK MENEBAT BANJIR KILAT KETIKA MONSUN TIMUR LAUT
PUTRAJAYA, 19 Disember 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara hari ini untuk melipat gandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda. Menteri KPKT YB Tuan Nga Kor Ming (KM) berkata, "Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan.” "Semua PBT digesa untuk memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.” "Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masingmasing, " kata YB KM lagi. Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hingga 21 Disember 2022 ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir […]