trending_flat

Pantau harga sayur : KPDN gerakkan lebih 2 ribu Pegawai Penguatkuasa

PUTRAJAYA, 5 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa seramai 2,200 Pegawai Penguatkuasa telah digerakkan setiap hari bagi melaksanakan pemeriksaaan harga di premis-premis seluruh negara termasuk premis yang menjual sayur-sayuran merangkumi pasar awam, kedai runcit, pasar raya-pasar raya serta premis-premis lain di bandar mahupun luar bandar. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, pemeriksaan dan pemantauan yang dilaksanakan turut mengambil kira elemen-elemen penguatkuasaan yang tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Ops Pasar. Ops Pasar ini telah difokuskan bagi menangani kenaikan harga sayuran dari sasaran sebelum ini ke atas barang keperluan perayaan. Kata Azman, bagi pelaksanaan Ops Pasar, sebanyak 296 jenis barangan telah diperiksa bagi tujuan siasatan antipencatutan. Daripada jumlah barangan terbabit, sebanyak 60 notis telah dikeluarkan bagi tujuan analisis dan siasatan kenaikan […]

trending_flat

Inisiatif Menu RAHMAH dilancarkan

SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 - Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan pada Jumaat lepas, telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor hari ini. Menurut KPDN, pelancaran Menu RAHMAH tersebut merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA). "Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan […]

trending_flat

Menu RAHMAH bakal ditetapkan harga RM5/set

BANGI, 27 Januari 2023 - Lanjutan dari sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama persatuan-persatuan restoran dan kedai makanan (bermasak), persetujuan telah dicapai dengan cadangan KPDN berkenaan Menu RAHMAH yang bakal ditetapkan harga RM5 per set. Menurut Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu sidang media selepas sesi walkabout di sini hari ini, set tersebut mengandungi nasi dan protin terpilih serta sayur terpilih. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika sesi sidang media di Restoran Mak Kimbong, Bandar Baru Bangi hari ini. Foto oleh IJAI Bagi menangani isu kenaikan harga barang makanan terutama yang melibatkan makanan bermasak, KPDN sedang melakulan pelbagai pendekatan berterusan dan agresif, antaranya dengan pelaksanaan OPS MENU 3.0 di seluruh Negara. Jelas KPDN, pelaksanaan OPS MENU 3.0 itu adalah bertujuan khusus […]

trending_flat

Kerajaan sarankan nama kad visa TNG ditukar elakkan kekeliruan pengguna

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Satu sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG) pada hari ini. Menurut KPDN dalam satu kenyataan, pihak TNG telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan segera seperti berikut: i. Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar; ii. Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput; iii. Menambahbaik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki; iv. Advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima. Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam. Kerajaan […]

trending_flat

KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Hulu Langat

PUTRAJAYA 20 Januari 2023 - Satu serbuan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas sebuah premis tanpa nombor yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Jalan Kuari Sungai Long, 43100 Hulu Langat, Selangor pada 19 Januari 2023. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 5.15 petang itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum serbuan. Kata KPDN, ketika serbuan dilakukan, seorang individu lelaki warga tempatan ditemui berada di dalam premis terbabit bersama tiga (3) lagi individu bukan warganegara sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dalam premis tersebut. "Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 42,000 liter selain sebuah lori 1 tan, pam bermotor, beberapa hos […]

trending_flat

Fuziah lancar Aduan Suri dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan KPDN

ALOR SETAR, 12 Januari 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh telah melancarkan Aduan Suri dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan KPDN bersempena Karnival Jualan Rahmah di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, Kedah. Menurut Fuziah dalam satu kenyataan media hari ini, KPDN mengambil langkah untuk melancarkan semula atau re-promoting saluran-saluran aduan kepenggunaan sedia ada dengan menambah baik sistem aduan agar lebih mesra pengguna. "Peremajaan semula semua platform aduan ini diharap dapat disebar luas manfaatnya kepada seluruh masyarakat Malaysia. Pelancaran pada hari ini berfokuskan kepada suri rumahtangga, yang berurusan dengan pembelian barang “keperluan” secara harian, dan berdepan secara langsung dengan sebarang isu kenaikan harga yang melampau serta kekurangan bekalan. Besar hasrat Kementerian melalui pendekatan baharu ini, para suri rumahtangga dapat menjadi mata dan telinga juga rakan strategik Kementerian dalam memberikan maklumat sahih […]

trending_flat

Timbalan Menteri KPDN turun padang di Kuantan, tinjau kepatuhan peniaga

KUANTAN, 25 Disember 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan lawatan kerja di Kuantan bagi meninjau operasi pembungkusan minyak masak polibeg 1kg bersubsidi di Syarikat Palma Unggul Enterprise, Kuantan, pemilik jenama minyak masak Cap Ikan Emas. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan pengeluaran kira-kira 10 metrik tan sehari atau 200 metrik tan sebulan. "Minyak masak keluaran syarikat ini kemudian diedarkan kepada Pemborong, Pasaraya dan Peruncit di sekitar Kuantan. Sebagai rekod, sejumlah 300 syarikat pembungkusan minyak masak telah dilesenkan oleh kerajaan untuk membungkus kira-kira 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi sebulan ke dalam kemasan 1kg polibeg dalam program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS)." kata KPDN. Seterusnya lawatan dilakukan ke Stesen Minyak Shell Taman Tas bagi pemeriksaan dan pengujian penentusahan Pam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation