trending_flat

LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak rintis kerjasama saringan kanser serviks

LUNDU, 29 Januari 2023 – LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah merintis kerjasama bagi melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA bagi tujuan pengesanan awal kanser serviks. Program kerjasama ini akan dilaksanakan sepanjang tahun ini sebagai kesinambungan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita atau WCaRe. Menurut LPPKN dalam satu kenyataan semalam, tujuan utama pelaksanaan kempen WCaRe adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terutamanya wanita terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser serviks dan kanser payudara supaya langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai dapat dilaksanakan sewajarnya untuk mereka yang memerlukan. "Wanita berumur 30 tahun dan ke atas adalah kumpulan yang paling berisiko mendapat kanser serviks. Ujian HPV DNA yang dilaksanakan oleh LPPKN menggunapakai kaedah yang membolehkan wanita mengambil sampel sendiri menggunakan Kit Ujian HPV DNA yang akan dibekalkan," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dalam […]

trending_flat

Nancy pandang serius kes pembunuhan kanak-kanak OKU

6 JANUARI 2023 - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menegaskan bahawa beliau memandang serius berkenaan kes pembunuhan kanak-kanak Kurang Upaya (OKU) yang terjadi di Bau, Sarawak baru-baru ini. Menurut Nancy dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan kes tersebut. "Saya telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyantuni keluarga ini yang bersesuaian untuk pemeliharaan dan pelindungan berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak2001. Saya ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera." katanya. Pada 21 Disember lalu, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation