trending_flat

Lewré Bespoke Mempersembahkan Hasil Kraft Buatan Tangan Koleksi ‘Garden Of Eden’ Di Hadapan Sultanah Kalsom & Dato’ Suriani

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER - Lewré Bespoke mempersembahkan penampilan pertama koleksi kasut baharunya yang indah ‘Garden of Eden’ di hadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke- sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain. Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Lewré Bespoke telah memikat tetamu dengan memperkenalkan buat kali pertama, koleksi kasut baharunya yang indah, 'Garden of Eden' yang diilhamkan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan estetika bunga dan haiwan. Koleksi kasut ini menampilkan 18 reka bentuk versatil, yang mampu menawan semua orang dengan palet yang komprehensif. Daripada rona […]

trending_flat

KSU KUSKOP Meraikan Pembukaan Kedai Flagship Lewré Bespoke & Menyasarkan Untuk Membuka 100 Kedai Disekitar Asia Menjelang Tahun 2025

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER - YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) telah merasmikan pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke - sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain. Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, 'It’s very personal'. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Galleria mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation