Singapura Dan Malaysia Komited Berkongsi Kepakaran Dalam Bidang Pertanian Moden
KUALA LUMPUR, 17 Februati 2023 – Kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian adalah antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada Rabu, 16 Februari 2023. Pertemuan ini adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan. Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura. Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia. Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dankepakarannya dalam bidang pertanian pintar. Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia. Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia […]