trending_flat

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 - Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terdiri dari 8 buah kapal, 7 buah bot Perkasa, 5 buah bot Benteng, 3 bot Penggalang, 3 bot Penyelamat, 2 bot Kilat, sebuah bot Petir, 4 buah helikopter jenis AW139 dan AS365 N3, 6 buah jetski terlibat pada hari terakhir demonstrasi maritim sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) melabuhkan tirainya hari ini. Mempamerkan 10 formasi serta tiga demonstrasi iaitu demonstrasi manuvra taktis pesawat udara, demonstrasi manuvra taktis aset melibatkan jetski, bot Benteng dan bot Perkasa serta demonstrasi taktikal Save and Rescue (SAR). Maritim Malaysia yang menampilkan aksi mendebarkan itu telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Resort World Langkawi sekaligus mendapat tepukan gemuruh. Selain memperlihatkan kehebatan aset Maritim Malaysia, penonton pada hari terakhir turut disajikan dengan demonstrasi Pasukan Tindakan Khas dan […]

trending_flat

MARITIM MALAYSIA PERTONTON KESIAGAAN DAN KECEKAPAN ASET

LANGKAWI, 22 Mei - Sebanyak empat buah kapal dan dua buah helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertontonkan dalam pemeriksaan armada (Fleet Review) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 23 hingga 27 Mei 2023 nanti. Sebagai salah satu acara yang menjadi tarikan seluruh dunia, Maritim Malaysia yang memasuki edisi ketujuh penyertaannya turut bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) bagi memperlihatkan bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya yang melibatkan serangan bersenjata oleh pihak penjenayah di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah di laut yang lain. Selain dipertontonkan kepada umum aksi-aksi yang menarik, Maritim Malaysia turut terlibat dalam pameran statik dengan membawa aset milik agensi seperti bot Benteng dan Jet Ski di Resort […]

trending_flat

SEMPADAN LAUT CHINA SELATAN, MALAYSIA SERIUS TANGANI ISU PENCEROBOHAN BOT NELAYAN ASING

KOTA BHARU, 11 Mei 2023 - Kerajaan melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa mempertahankan kedaulatan perairan negara khususnya daripada ancaman pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di sepanjang Laut China Selatan dengan menyelaras operasi bersama-sama agensi penguat kuasa lain di negara ini. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Op Naga merupakan tindakan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menggerakkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di negara ini secara bersepadu dalam membendung isu tersebut. Selain daripada Op Naga, Maritim Malaysia turut melipatgandakan usaha dengan melancarkan Op Kuda Laut bagi menghalang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kawasan perairan negara. Sepanjang lima tahun pelaksanaan bagi kedua-dua operasi berkenaan, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sejumlah 474 BNA dengan 384 daripadanya adalah BNA Negara Vietnam. Nilai rampasan bagi kesemua BNA adalah berjumlah lebih RM670 juta. Saifuddin berkata demikian pada sidang […]

trending_flat

KERJASAMA KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM NEGARA DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA, 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan negara dengan memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan pihak Australian Border Force (ABF) di Tanjung Sedili, Johor baru-baru ini. Dalam perkembangan yang lain beliau turut memaklumkan Kerajaan kini sedang melaksanakan Dokumen Pengenalan Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan penerima suaka yang berada di dalam negara. Saifuddin berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini semalam. Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana […]

trending_flat

25 PEGAWAI PENGUAT KUASA TIMBA KEPAKARAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

TANJUNG SEDILI, 8 Mei 2023 - Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi tempatan telah menyertai tiga hari bengkel yang dianjurkan sempena Operasi Redback Ke-18 mulai hari ini sehingga 10 Mei nanti. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bengkel yang diadakan ini bertujuan memperkasakan anggota penguat kuasa tempatan seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu jenayah. Malah selaku sebuah agensi yang berpengalaman, pihak Australian Border Force (ABF) turut akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang keselamatan khususnya dalam pelaksanaan risikan dan operasi bagi kegiatan jenayah rentas sempadan. Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini hari ini. Turut hadir sama pada Majlis Perasmian Op […]

trending_flat

12 Kes Berprofil Tinggi Tumpas, Nilai Keseluruhan Tangkapan Lebih RM13 Juta

PULAU PINANG, 28 April 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan Op Pagar Laut tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25April yang lalu. 12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak. Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri […]

trending_flat

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim memaklumkan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia( Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) telah menahan empat warga tempatan yang disyaki terlibat dalam rompakan berkumpulan dalam kejadian yang berlaku di antara jam 12.30 tengah malam 24 April hingga jam 4.35 pagi 25 April semalam. Menurutnya dalam satu siaran media yang dijeluarkan hari ini, pada jam 10.30 malam 24 April, pihak Maritim Malaysia Negeri Johor telah menerima aduan mengenai insiden rompakan yang berlakudi atas pelantar Aurora Producer 1 di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat. "Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 12.30 tengah malam dan menemui sebuah bot gentian kaca bersama empat orang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation