trending_flat

Cubaan Seludup Masuk 4.8 Juta Batang Rokok Kretek Pelbagai Jenama Gagal

KUALA LINGGI, 13 April 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut di sini kelmarin. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung dengan enam buah enjin 200 kuasa kuda bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada pukul 10.20 malam. “Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar selama hampir 30 minit sehingga bot pancung berkenaan memasuki kawasan paya bakau. Setelah menghampiri bot berkenaan pada kedudukan 0.05 batu nautika barat laut muara Tanjung Gabang, Selangor, pihak […]

trending_flat

2,800 Bingkisan Raya diagihkan kepada Anggota Maritim Malaysia yang Bertugas Menjelang Syawal

PUTRAJAYA, 12 April 2023 - Sebanyak 2,800 bingkisan raya telah diperuntukkan oleh Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Maritim Malaysia untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan agensi ini yang akan bertugas pada Syawal nanti. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang kini memangku sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sumbangan ini disediakan sebagai menzahirkan sokongan moral kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas sempena Aidilfitri nanti. “Mengenangkan keadaan inilah, Ibu Pejabat melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bingkisan raya kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas menjaga perairan negara menjelang Syawal nanti.” Beliau berkata demikian pada ucapan sempena Majlis Penyerahan Bingkisan Raya di sini hari ini. Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation