trending_flat

KPKT Iktiraf Peranan Dan Sokongan Media Melalui Anugerah Kewartawanan Media KPKT 2023

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengiktiraf sokongan media melalui pengumuman Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre semalam. Seramai 50 orang pengamal media diraikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT dalam majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPKT. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT berkata, “ Anugerah ini merupakan komitmen KPKT dalam menzahirkan penghargaan kepada golongan wartawan yang memberikan penyampaian maklumat yang sahih, berkualiti dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Ini kerana hasil karya berkualiti berupaya menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan negara dalam membina ekonomi, perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik negara.” Penganjuran pertandingan yang akan bermula pada bulan Mac ini […]

trending_flat

RM36 juta Peruntukan bagi 76 Bas Percuma GoKL: Tambahbaik Pengangkutan Awam di Ibu Kota

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2023 - Bagi menambahbaik pengangkutan awam di ibu kota negara dan mengurangkan beban rakyat jelata, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Tuan Nga Kor Ming (KM) mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membelanjakan sebanyak RM36 juta pada tahun 2023 untuk menyediakan 76 bas percuma GoKL. “Perkhidmatan 76 bas GoKL tersebut merangkumi jumlah panjang laluan 150 kilometer di sekitar Kuala Lumpur. Penambahbaikan perkhidmatan Go KL ini sekali lagi menunjukkan bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan sentiasa mendukung semangat berkhidmat demi pertiwi”, kata YB KM. Kemudahan akses Internet percuma “Kesemua 76 bas percuma dilengkapi akses Internet percuma dan kemudahan mesra OKU. Selain itu, bagi mencapai matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon, 60 daripada bas percuma itu akan menjadi bas elektrik sifar pelepasan (Zero Emission Electric Bus).” “Usaha ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals - […]

trending_flat

TRIBUNAL PERUMAHAN DAN PENGURUSAN STRATA BERJAYA SELESAI 39,323 KES TUNTUTAN PEMBELI RUMAH DAN PENGURUSAN STRATA BAGI TAHUN 2018 – 2022

PUTRAJAYA, 5 Januari 2023 - Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 7,202 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan 32,121 kes Tribunal Pengurusan Strata bagi tahun 2018 hingga 2022. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 7,909 jumlah bilangan kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR) telah didaftarkan dengan 7,202 kes telah diselesaikan termasuk keskes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya. Manakala Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula mencatatkan pendaftaran kes sebanyak 31,364 dengan 32,121 kes telah diselesaikantermasuk kes-kes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya. Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus dari kes-kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan melihat pencapaian ini sebagai usaha yang perlu diteruskan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “KPKT juga terus komited dalam memperkasa Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) di setiap Pihak Berkuasa […]

trending_flat

KPKT Wujudkan ‘Taskforce’ Mencari Penyelesaian Terbaik Bagi 381 Projek Perumahan Swasta ‘Sakit’

KUALA LUMPUR, 30 DISEMBER 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan satu ‘taskforce’ untuk mencari penyelesaian 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan memandang serius terhadap projek-projek perumahan kategori sakit atau terbengkalai. Beliau berkata pembangunan perumahan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana ekonomi negara di mana hampir 200 industri terlibat. Justeru, KPKT berharap industri perumahan akan terus berkembang maju pada tahun 2023 dan KPKT akan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti tinggi supaya rakyat dapat memiliki rumah yang selesa dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Menurut statistik KPKT, bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri, KPKT akan membina sejumlah 83,728 rumah di bawah Rancangan Malaysia Ke12, di mana 22,209 rumah telah siap dibina, […]

trending_flat

PBT DIGESA LIPAT GANDA SELENGGARA PARIT DAN PEMBERSIHAN UNTUK MENEBAT BANJIR KILAT KETIKA MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 19 Disember 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara hari ini untuk melipat gandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda. Menteri KPKT YB Tuan Nga Kor Ming (KM) berkata, "Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan.” "Semua PBT digesa untuk memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.” "Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masingmasing, " kata YB KM lagi. Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hingga 21 Disember 2022 ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation