GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA
KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek pembuatan dari negara China yang bernilai $3.98 bilion dolar AS telah diluluskan dan telah menjana hampir 14,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia”. Demikian jelas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sewaktu berucap merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) 2022 di sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Tan Sri Rais mengingatkan kembali hubungan rapat yang telah lama terjalin dengan negara China. Menurut beliau, “Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berjalan dengan lancar selama 48 tahun dalam bidang perdagangan, budaya, pendidikan, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat.”. Tan Sri Rais juga menjelaskan bahawa Malaysia dan China telah berada dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan blok perdagangan terbesar […]