trending_flat

SEMPADAN LAUT CHINA SELATAN, MALAYSIA SERIUS TANGANI ISU PENCEROBOHAN BOT NELAYAN ASING

KOTA BHARU, 11 Mei 2023 - Kerajaan melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa mempertahankan kedaulatan perairan negara khususnya daripada ancaman pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di sepanjang Laut China Selatan dengan menyelaras operasi bersama-sama agensi penguat kuasa lain di negara ini. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Op Naga merupakan tindakan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menggerakkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di negara ini secara bersepadu dalam membendung isu tersebut. Selain daripada Op Naga, Maritim Malaysia turut melipatgandakan usaha dengan melancarkan Op Kuda Laut bagi menghalang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kawasan perairan negara. Sepanjang lima tahun pelaksanaan bagi kedua-dua operasi berkenaan, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sejumlah 474 BNA dengan 384 daripadanya adalah BNA Negara Vietnam. Nilai rampasan bagi kesemua BNA adalah berjumlah lebih RM670 juta. Saifuddin berkata demikian pada sidang […]

trending_flat

KERJASAMA KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM NEGARA DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA, 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan negara dengan memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan pihak Australian Border Force (ABF) di Tanjung Sedili, Johor baru-baru ini. Dalam perkembangan yang lain beliau turut memaklumkan Kerajaan kini sedang melaksanakan Dokumen Pengenalan Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan penerima suaka yang berada di dalam negara. Saifuddin berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini semalam. Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana […]

trending_flat

KEJAYAAN TANGKAPAN TAHUN 2022 BUKTI MARITIM MALAYSIA KOMITED MENJAGA PERAIRAN NEGARA

SANDAKAN, 11 Februari 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang telah digerakkan oleh agensi ini sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan perairan maritim negara. “Saya dimaklumkan, pada tahun lepas sahaja hampir RM4.8juta hasil rampasan diperolehi manakala lebih RM45 juta denda / kompaun telah dikeluarkan kepada pesalah yang telah ditahan oleh pihak Maritim Malaysia. Daripada jumlah yang direkodkan itu tadi, Maritim Malaysia telah membuktikan mereka memiliki kemahiran dan kepakaran setanding dengan agensi penguatkuasaan yang lain di dalam negara ini.” Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Lintas Hormat Aset Laut, Udara dan Darat berkonsepkan `Fleet Review’ berhampiran pejabat Zon Maritim Sandakan,Sabah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun […]

trending_flat

KPN diarah tambah pasukan mencari dan menyelamat – Saifuddin Nasution

16 Disember 2022 - Berhubung dengan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada pagi tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani, untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, kejadian tersebut melibatkan tiga tapak perkhemahan. "Arahan keselamatan yang baru juga turut telah dikeluarkan kepada beberapa lagi tapak perkhemahan yang berhampiran agar tidak menerima pengunjung sehingga dimaklumkan kelak. Fokus buat masa ini ditumpu kepada usaha menyelamat baki mangsa yang dikategorikan hilang. Seramai 363 anggota penyelamat telah dikerahkan dalam operasi menyelamat ini dan saya telah mengarahkan IGP Tan Sri Acryl Sani, Ketua Polis Negara untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari PDRM." kata Saifuddin. Beliau turut berdoa moga baki mangsa dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation