PERTOM KL sediakan Menu RAHMAH
KUALA LUMPUR 8 Februari 2023 - Menu RAHMAH yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga sebuah hidangan seimbang yang sangat berpatutan itu, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini. Semalam Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia (PERTOM) serta 50 Pengusaha Restoran Tom Yam telah merasmikan Menu RAHMAH di sekitar Lembah Keramat AU5, Kuala Lumpur. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menjawab soalan-soalan dari media semalam. Foto oleh FADLISHAM FADZIL Program bersama Pengusaha Restoran […]