trending_flat

Premier terima kunjungan hormat Presiden PETRONAS

KUCHING, 14 Februari – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memberi taklimat ringkas perkembangan terbaharu usaha dan kerjasama di antara PETRONAS dengan Kerajaan Sarawak. Tengku Muhammad memaklumkan segala aktiviti yang dilaksanakan bersama berjalan dengan baik bermula di peringkat awalan, pertengahan, akhiran dan kini ke arah kelestarian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan petrokimia. Selain PETRONAS, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Dekan Bersekutu, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti of Melbourne, Mathew Greenwood-Nimmo. Mathew yang ditemui media berkata, tujuan kunjungan itu adalah untuk menjalin kerjasama antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti of Melbourne bagi mengadakan program mempertingkatkan latihan perkhidmatan awam […]

trending_flat

SABERKAS bantu tingkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi

Berita Oleh: Mohd Saufi Omar (JaPen Kapit) KAPIT, 5 Februari 2023 - Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi. Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam sempena Program Siri Jelajah Lawatan dan ‘Outreach’ Suku Kedua SABERKAS di Kapit. Dato Seri Alexander Nanta Linggi semasa memberikan ucapan. Foto Oleh : Daniel Jong (JaPen Kapit) "Ekonomi merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah negara dan wanita memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekonomi negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif," ujarnya lagi. Beliau turut menekankan, wanita bukan lagi hanya pendukung dan penyokong kepada keputusan yang diambil oleh kaum lelaki, namun wanita juga boleh terlibat dalam membuat keputusan dasar dalam pelbagai bidang sejajar dengan arus globalisasi masakini. Nanta juga mengucapkan syabas kepada 150 orang peserta program yang terdiri […]

trending_flat

PCDS 2030 memacu Sarawak berkembang maju – Abang Johari

KUCHING, 14 Januari 2023 - Kewujudan Dasar Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030 adalah hasil daripada interaksi pemegang taruh berkenaan ekonomi Sarawak bagi memulihkan ekonomi serta memberi hala tuju jelas dalam memajukan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. Tambah Abang Johari, PCDS 2030 mempunyai haluan ke arah kemajuan Sarawak pada tahun 2030 dalam memastikan Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia dengan pendapatan yang tertinggi. Beliau amat yakin Sarawak dapat mencapai impian tersebut memandangkan Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang boleh digunakan untuk menggalakkan pembagunan ekonomi bagi mentransformasikan Sarawak. Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 kali ke-6 telah diadakan yang kini berusia 13 tahun daripada pengasasannya pada tahun 2011 dan merupakan usaha […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation