trending_flat

Karnival Meriah Menanti Kanak-Kanak Di Alamanda Putrajaya

Musim cuti sekolah bakal dimeriahkan dengan Karnival VIKids PUTRAJAYA, 18 Februari 2023 – Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat BeliBelah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung mulai 18 Februari sehingga 12 Mac. Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahliVIKids. Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan. Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan. Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan […]

trending_flat

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN CIPTAAN REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2023 - Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas, seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023. Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”. “Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria […]

trending_flat

Ganjaran Bernilai Hampir 1 Juta Ringgit Bakal Menanti Pengunjung Di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall

Pengunjung berpeluang menyelami keajaiban bengkel Santa sepanjang musimKrismas yang dibawakan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan buniannya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada para pengunjung. Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan. Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation