trending_flat

Tanah Runtuh : Jalan B66 ditutup – Menteri Kerja Raya

16 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan anggaran setinggi 70 meter. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan. "Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini. JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun […]

trending_flat

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI JALAN GENTING BATANG KALI

16.12.2022: Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi. Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut. Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar. Maklumat dikemaskini setakat jam 7.00 pagi tadi, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku. 23 orang dalam keadaan selamat, 2 orang meninggal dunia, 3 orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui. Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation