Gempa bumi kuat berlaku di Turkiye pagi tadi
21 FEBRUARI 2023 - – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Turkiye pada pukul 1:04 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:04 pagi, 21 Februari 2023Koordinat: 36.1° Utara 35.9° TimurLokasi: TurkiyeMagnitud: 6.3Jarak: 114km Tenggara dari Adana ,TurkiyeKedalaman: 58 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.