trending_flat

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding bagi mengekalkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini. Beliau yang hadir ketika sesi rehat Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen itu menyerahkan borang tersebut pada pukul 2 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis berkata, fokus utama parti cukup jelas iaitu kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk bangkit semula dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana inilah parti yang menjadi dokongan orang Melayu. “Tuntutan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO di Pasca PRU ini bukan lagi satu pilihan namun satu kewajipan buat saya dan semua ahli” “Beri peluang untuk […]

trending_flat

Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan

10 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan oleh pihak media baru-baru ini. Menurut Naib Presiden UMNO itu, laporan-laporan tersebut adalah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari 2023. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini. "Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen. Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu. Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari." ujarnya.

trending_flat

Pemecatan dan penggantungan tidak patuhi proses perundangan – Ismail Sabri

28 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol). Tegas Ismail Sabri, pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti hak membela diri. "Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan. Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO." kata […]

trending_flat

Muqharabbin Letak Jawatan Exco Dan Pemuda Umno Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Lembah Pantai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan yang beliau berkuat kuasa serta merta. Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. "Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini. Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." tegasnya. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini. "Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara." ujar Muhamad Muqharabbin. Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation