MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO
23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand. "Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai […]