KSU KUSKOP Meraikan Pembukaan Kedai Flagship Lewré Bespoke & Menyasarkan Untuk Membuka 100 Kedai Disekitar Asia Menjelang Tahun 2025
KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER - YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) telah merasmikan pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke - sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain. Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, 'It’s very personal'. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Galleria mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi […]