trending_flat

Fahmi Fadzil Iktiraf Selebriti Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Ac Mizal Sebagai Usahawan Cemerlang Di Anugerah SEBA 2022

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan acara penganugerahan tahunan ‘SME and Entrepreneurs Business Award 2022 (SEBA 2022) Central Grand Awards Presentation Gala’ dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani Ahmad. Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA 2022 Central Grand Awards dilangsungkan pada 8 Disember 2022 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan “RISE UP”, gala penganugerahan edisi ke-7 ini meraikan SME dan usahawan terkemuka di Malaysia termasuk pelakon dan model, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel, selebriti tempatan Dato’ Mizal Zaini (AC Mizal), usahawan terkenal TikTok, Hosni Mubarak Elarab, Usahawan Terbaik Tahun ini YBhg Datuk (Dr) Vinod Sekhar dari Petra Group berserta jenama Malaysia paling berjaya seperti Uncle Don’s, Hartalega, dan banyak lagi. Sebanyak 55 anugerah disampaikan kepada usahawan-usahawan teladan bagi menghargai prestasi cemerlang dan usaha inovatif mereka […]

trending_flat

MOTAC sambut baik pelantikan Timbalan Menteri yang baharu

10 Disember 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalu-alukan pelantikan Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Khairul Firdaus yang berasal dari Sabah merupakan seorang pemimpin muda yang diyakini berupaya untuk memberikan idea yang berinovatif dan relevan dengan situasi semasa bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. "Pihak MOTAC optimis pemilihan dan pelantikan YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan akan memperkukuhkan serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing selaku Menteri MOTAC. Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan atas pelantikan ini. MOTAC akan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan." kata MOTAC.

trending_flat

Serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia berlaku pada 12 November 2022 – Fahmi

PUTRAJAYA 10 Disember 2022 - Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital yang diterajuinya mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember 2022. "Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data. Susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation