trending_flat

Hina YDPA, seorang lelaki tempatan ditahan PDRM

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 - Seorang lelaki Melayu yang berusia 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak semalam bagi membantu siasatan terhadap kenyataan berbaur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Menurut Setiausaha Polis Malaysia Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin, kenyataan tersebut telah dimuat naik melalui akaun facebook “As Bul”. "Turut dirampas daripada suspek adalah satu (1) unit telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran. Suspek telah direman selama tiga (3) hari bermula 16 hingga 18 Disember 2022 untuk siasatan lanjut. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan […]

trending_flat

KPN diarah tambah pasukan mencari dan menyelamat – Saifuddin Nasution

16 Disember 2022 - Berhubung dengan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada pagi tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani, untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, kejadian tersebut melibatkan tiga tapak perkhemahan. "Arahan keselamatan yang baru juga turut telah dikeluarkan kepada beberapa lagi tapak perkhemahan yang berhampiran agar tidak menerima pengunjung sehingga dimaklumkan kelak. Fokus buat masa ini ditumpu kepada usaha menyelamat baki mangsa yang dikategorikan hilang. Seramai 363 anggota penyelamat telah dikerahkan dalam operasi menyelamat ini dan saya telah mengarahkan IGP Tan Sri Acryl Sani, Ketua Polis Negara untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari PDRM." kata Saifuddin. Beliau turut berdoa moga baki mangsa dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

trending_flat

Tanah Runtuh : 77 berjaya dikesan dan diselamatkan – MB Selangor

16 Disember 2022 - Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa setakat jam 1:00 tengah hari ini, 77 mangsa berjaya dikesan dan diselamatkan oleh pasukan SAR melalui satu ciapan di Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Tambah Amirudin, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan bahawa 16 mangsa terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Kemaskini jam 2.19 pm 16/12: Setakat jam 1:00 tengah hari ini, 77 mangsa berjaya dikesan dan diselamatkan oleh pasukan SAR. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan bahawa 16 mangsa terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali.— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 16, 2022

trending_flat

Tanah Runtuh Batang Kali : Jumlah selamat setakat jam 1 petang adalah seramai 61 orang – KPKT

16 Disember 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam ciapan di Twitter rasminya memaklumkan sehingga jam 1 petang hari ini, maklumat berkenaan kejadian tanah runtuh di Batang Kali adalah sepeerti berikut : Jumlah Mangsa: 94 orang Jumlah Selamat: 61 orang Jumlah Meninggal: 16 orang Jumlah Belum Dijumpai: 17 orang Kata KPKT operasi menyelamat masih dijalankan. UPDATE TERKINI TANAH RUNTUH BATANG KALI[[ 1:00 PETANG ]]Jumlah Mangsa: 94 orangJumlah Selamat: 61 orangJumlah Meninggal: 16 orangJumlah Belum Dijumpai: 17 orangOperasi menyelamat masih dijalankan. pic.twitter.com/igAy0Qpw1J— KPKT (@kpkt_gov) December 16, 2022

trending_flat

Tanah Runtuh : Sehingga jam 12 tengah hari seramai 60 orang mangsa berjaya diselamatkan

SELANGOR. 16 Disember 2022 - Berhubung dengan insiden tanah runtuh yang terjadi di Father’s Organic Farm, sebuah tapak perkemahan yang bertempat di Kampung Kuantan, Batang Kali, Daerah Hulu Selangor pagi tadi, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa sehingga jam 12:00 tengah hari ini, didapati bahawa 94 orang mangsa berada di kawasan tersebut dan 60 orang yang melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja telah berjaya diselamatkan. "Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang telah meninggal dunia akibat tragedi ini; 3 kanak-kanak, 7 wanita, dan 2 lelaki. 22 mangsa belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat diteruskan yang melibatkan 446 anggota yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota daripada semua agensi kerajaan. Agensi kerajaan telah turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan […]

trending_flat

Tanah Runtuh : Jalan B66 ditutup – Menteri Kerja Raya

16 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan anggaran setinggi 70 meter. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan. "Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini. JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun […]

Tanah Runtuh : Menteri-menteri dinasihat tidak ganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat – Anwar

16 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkejut dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland. "Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat. Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan. Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat." kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini. Anwar turut menyatakan bahawa beliau akan turun ke lokasi malam ini. Terdahulu media dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat lawatan ke tapak tanah runtuh tersebut […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation