trending_flat

Armizan lawat lokasi terjejas banjir di Sabah

24 Disember 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali membuat tinjauan lapangan bencana di Kampung Tanjuang Aru Baru, Kota Kinabalu. Kejadian air pasang besar dan angin kencang yang berlaku sejak 2 hari lepas telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3 buah rumah roboh manakala 27 lagi mengalami kerosakan. Jumlah mangsa yang terlibat adalah sebanyak 210 orang daripada 39 keluarga.  "Saya amat bersimpati dengan musibah yang berlaku termasuk kesan di kawasan Pulau Gaya juga dalam daerah Kota Kinabalu, dan daerah Pitas serta bencana banjir di daerah Kota Belud.  Setakat ini, daerah yang terkesan dengan bencana banjir dan air pasang besar di negeri Sabah adalah sebanyak 3 daerah iaitu Pitas, Kota Belud dan Kota Kinabalu. Ia melibatkan pembukaan 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan jumlah mangsa yang terlibat sebanyak 674 orang daripada 164 keluarga. […]

trending_flat

Majlis Perasmian Perjanjian Piagam Antara Syneos Health dan Clinical Research Malaysia (CRM)

PUTRAJAYA, 23 Disember 2022 - Majlis Charter Agreement Signing Ceremony (CRM-Syneos Health) yang berlangsung semalam telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. Majlis tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr. Akhmal Yusof dan Pengurus Besar dan Ketua Rantau Asia Pasifik Syneos Health , Dr. Ken Lee. Perjanjian yang dimenterai merupakan satu kolobrasi dalam memantapkan industri penyelidikan negara yang statusnya sebagai lokasi utama dalam bidang penyelidikan antarabangsa. Sejak ia bertapak 10 tahun lepas bermula 2012, ianya berjaya mempamirkan prestasi yang cukup baik dan telah membuahkan banyak kejayaan, termasuklah merekodkan lebih 2000 hasil penyelidikan yang menyumbangkan RM 1 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar. Kerjasama yang arkab dengan pihak yang berkepentingan ini akan meningkatkan kualiti kajian klinikal yang diprogramkan. Ini adalah sejajar dengan kolobrasi perjanjian antara Syneos Health dan CRM […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation