trending_flat

Penghantaran Bakul Makanan ke POS Balar menggunakan helikopter

GUA MUSANG, 25 Disember 2022 - Berhubung isu kesukaran mendapatkan keperluan harian yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli Pos Balar, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan perbincangan bersama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi urusan penghantaran bantuan Bakul Makanan menggunakan helikopter. Menurut JAKOA dalam satu kenyataan hari ini, penghantaran Bakul Makanan akan dibuat bermula pada 25 Disember 2022 (Ahad) sehingga 30 Disember 2022 (Khamis). "Di antara lokasi yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR), Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR). Walau bagaimanapun, kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter. Keperluan penghantaran bakul makanan ini memang dalam perancangan pihak JAKOA, namun ianya tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan […]

trending_flat

Timbalan Menteri KPDN turun padang di Kuantan, tinjau kepatuhan peniaga

KUANTAN, 25 Disember 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan lawatan kerja di Kuantan bagi meninjau operasi pembungkusan minyak masak polibeg 1kg bersubsidi di Syarikat Palma Unggul Enterprise, Kuantan, pemilik jenama minyak masak Cap Ikan Emas. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan pengeluaran kira-kira 10 metrik tan sehari atau 200 metrik tan sebulan. "Minyak masak keluaran syarikat ini kemudian diedarkan kepada Pemborong, Pasaraya dan Peruncit di sekitar Kuantan. Sebagai rekod, sejumlah 300 syarikat pembungkusan minyak masak telah dilesenkan oleh kerajaan untuk membungkus kira-kira 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi sebulan ke dalam kemasan 1kg polibeg dalam program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS)." kata KPDN. Seterusnya lawatan dilakukan ke Stesen Minyak Shell Taman Tas bagi pemeriksaan dan pengujian penentusahan Pam […]

trending_flat

Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam operasi SAR Batang Kali

25 DISEMBER 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dirakamkan buat seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus selama 9 hari dalam operasi SAR insiden tanah runtuh sekitar Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan turut berterimakasih kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini. "Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak […]

trending_flat

Ramalan cuaca Hari Krismas

25 DISEMBER 2022 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan ramalam cuaca pada hari Sambutan Krimas yang berlangsung pada hari ini. Pada sebelah pagi, MET Malaysia meramalkan hujan di kebanyakan tempat di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan. Ribut petir / hujan di jangka berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai di Pahang, timur Johor dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang). Manakala tempat- tempat lain tiada hujan. Pada sebelah petang pula, hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan. Ribut petir / hujan pula di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak(Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri & Limbang) dan Sabah (Tawau). Manakala tempat- tempat lain tiada hujan. Seterusnya pada semalam malam, hujan di kebanyakan […]

trending_flat

Krisis perubahan iklim : Setiap komitmen kerajaan akan diperhalusi

24 DISEMBER 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau amatlah memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim yang ditekankan lagi akibat bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan. Justeru, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya kepada perkara ini dan akan terus mendepani usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan Malaysia. "Pakatan Harapan (PH) sememangnya sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, yang terbukti bukan sahaja melalui Manifesto PH, tetapi juga dengan cadangan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibuat pada 4 Ogos 2022 ketika dia masih Ketua Pembangkang. Pembentukan sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti bahawa kerajaan ini sudah pun mengambil langkah segera dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation