trending_flat

KKR sambut baik keputusan Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2023 - Keputusan Jemaah Menteri untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik Kerajaan disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata dengan pengiktirafan itu JKR Sabah dan Sarawak diberi kuasa mentadbir urus projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta. "Keputusan ini akan melibatkan pindaan Arahan Perbendaharaan 182 (AP 182) yang menetapkan sebelum ini bahawa semua Jabatan Bukan Teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Teknik yang diiktiraf sahaja iaitu JKR Malaysia dan JPS Malaysia bagi melaksanakan semua projek Kerajaan (perkara 182.1). Di samping itu Kementerian Kerja Raya juga berpandangan supaya satu garis panduan perlu dibincang dan disediakan bersama Agensi Pusat bagi menentukan perincian berhubung agihan bidang kuasa, peranan dan tanggungjawab pihak yangterlibat dalam pelaksanaan projek-projek kedua-dua negeri berkenaan. " […]

trending_flat

Jalan Laluan Batang Kali – Genting Highlands Hulu Selangor akan dibuka semula mulai jam 5 petang esok

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2023 - Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa Jalan Negeri B66 Laluan Batang Kali – Genting Highlands Seksyen 14.0, Hulu Selangor yang telah ditutup sejak 16 Disember 2022 ekoran kejadian tanah runtuh akan dibuka semula pada 6 Januari 2023 jam 5.00 petang dengan kawalan Pihak Berkuasa. Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada syarat-syarat seperti berikut : 1. Pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan sahaja. 2. Kelas kenderaan yang dibenarkan adalah kepada kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) dan kenderaan kelas 6 (motosikal & skuter) sahaja. 3. Pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh. JKR turut menyarankan kepada pengguna jalan raya untuk menggunakan dua (2) laluan alternatif seperti di Rajah 1 dan […]

trending_flat

TRIBUNAL PERUMAHAN DAN PENGURUSAN STRATA BERJAYA SELESAI 39,323 KES TUNTUTAN PEMBELI RUMAH DAN PENGURUSAN STRATA BAGI TAHUN 2018 – 2022

PUTRAJAYA, 5 Januari 2023 - Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 7,202 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan 32,121 kes Tribunal Pengurusan Strata bagi tahun 2018 hingga 2022. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 7,909 jumlah bilangan kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR) telah didaftarkan dengan 7,202 kes telah diselesaikan termasuk keskes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya. Manakala Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula mencatatkan pendaftaran kes sebanyak 31,364 dengan 32,121 kes telah diselesaikantermasuk kes-kes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya. Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus dari kes-kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan melihat pencapaian ini sebagai usaha yang perlu diteruskan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “KPKT juga terus komited dalam memperkasa Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) di setiap Pihak Berkuasa […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation