Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Indonesia
JAKARTA, 8 JANUARI 2023 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke negara jiran, Indonesia. Beliau ditemani isteri beliau Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail. "Saya turut memakai songkok bagi memartabatkan budaya dan tradisi serumpun Malaysia-Indonesia. Ketibaan saya disambut Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia Basuki Hadimoeljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq. "Saya mengharapkan lawatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara disamping meneroka peluang kerjasama baharu menerusi perbincangan bersama Presiden Joko Widodo, InsyaAllah." ujarnya. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Penyerahan […]