KPKT lulus peruntukan RM2 juta bina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan naik taraf Pasar Besar Ipoh
IPOH, 14 Januari 2023 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan menaik taraf Pasar Besar Ipoh, Perak. YB KM mengumumkan perkara tersebut semasa siri walkabout beliau ke Pasar Besar Ipoh dan Pasar Pasir Pinji, Ipoh, Perak hari ini. Menurut KPKT, dalam lawatan tersebut, YB KM telah menyerahkan surat kelulusan Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan surat kelulusan Projek Naik Taraf Pasar Besar Ipoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai penempatan tapak perniagaan sementara buat 229 peniaga sehinggalah siap pembinaan Pasar Pasir Pinji yang baharu kelak. "Pelaksanaan projek bernilai RM1 juta ini akan memberi kemudahan dan manfaat kepada para peniaga dan pengunjung pasar khususnya penduduk setempat. Manakala, projek naik taraf Pasar Besar Ipoh yang turut […]