trending_flat

Usaha-usaha Kerajaan bantu pekebun getah hadapi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang meningkat

15 Januari 2023 - Bagi membantu penoreh getah dan pekebun kecil getah dalam mendepani isu kejatuhan harga getah, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan siri perbincangan melibatkan pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan untuk mengurangkan impak kejatuhan harga getah. Menurut KPK dalam satu kenyaan media hari ini, usaha-usaha dan langkah-langkah kerajaan bagi membantu para pekebun getah dalam menghadapi situasi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang meningkat adalah: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Kerajaan telah melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak tahun 2015 bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh. Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50% kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.Sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga Disember 2022, IPG telah diagihkan […]

trending_flat

Dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan dibimbangi kurangkan kepercayaan golongan muda – Ismail Sabri

14 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob berpendapat bahawa apabila dua jawatan tertinggi dalam parti UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, ia akan mengurangkan lagi kepercayaan orang muda kepada keterbukaan parti tersebut. Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, Naib Presiden UMNO iti berkata orang muda mempunyai idealisme tinggi, bercakap soal hak asasi, demokrasi dan sebagainya melihat apa yang sedang kepimpinan UMNO lakukan bertentangan dengan idealisme mereka. "Dalam perbahasan kita banyak membangkitkan soal untuk mengembalikan kepercayaan orang muda kepada kita. Tetapi orang muda idealisme tinggi, yang bercakap soal hak asasi, demokrasi dan sebagainya tentu sahaja melihat apa yang kita lakukan bertentangan dengan idealisme mereka. Mereka mahukan sebuah parti yang terbuka… Sebagai contoh, memberi kebebasan hak untuk bertanding. Jadi, 2 jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, ianya akan mengurangkan lagi kepercayaan orang muda […]

trending_flat

PCDS 2030 memacu Sarawak berkembang maju – Abang Johari

KUCHING, 14 Januari 2023 - Kewujudan Dasar Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030 adalah hasil daripada interaksi pemegang taruh berkenaan ekonomi Sarawak bagi memulihkan ekonomi serta memberi hala tuju jelas dalam memajukan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. Tambah Abang Johari, PCDS 2030 mempunyai haluan ke arah kemajuan Sarawak pada tahun 2030 dalam memastikan Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia dengan pendapatan yang tertinggi. Beliau amat yakin Sarawak dapat mencapai impian tersebut memandangkan Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang boleh digunakan untuk menggalakkan pembagunan ekonomi bagi mentransformasikan Sarawak. Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 kali ke-6 telah diadakan yang kini berusia 13 tahun daripada pengasasannya pada tahun 2011 dan merupakan usaha […]

trending_flat

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka

14 Januari 2023 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Antara agenda yang dirancang termasuklah lawatan ke agensi di bawah MOTAC iaitu Hotel Seri Malaysia dan Kompleks Kraftangan Malaysia yang memaparkan demonstrasi kraf, anyaman rotan, mencanting batik serta lawatan ke Galeri Jualan Karyaneka. Delegasi MOTAC yang diketuai YB Menteri ini juga turut mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi tarikan utama pelancong iaitu Taman Seribu Bunga, Muzium Sejarah & Ethnografi, Galeri Warisan dan Tourist Information Centre (TIC). YB Menteri seterusnya mengadakan lawatan ke Jonker Walk Melaka yang mana sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasanya. YB Menteri turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Taman Warisan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation