trending_flat

Timbalan Menteri Kesihatan turun padang

KUCHING, 16 Jan – Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni turun padang dalam siri lawatan kerjanya bagi melihat keadaan klinik-klinik kesihatan seluruh Sarawak dan menilai keperluan serta memastikan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan mendapatkan peruntukan khusus bagi penambahbaikan klinik-klinik kesihatan merangkumi kategori daif atau klinik yang berfungsi tetapi memerlukan asetaset bagi memudahkan proses rawatan kepada pesakit. “Kami telah menerima kertas kerja daripada pihak kesihatan negeri berkaitan perkhidmatan talian internet berasaskan satelit untuk disediakan di klinik-klinik kesihatan kawasan luar bandar bagi menyediakan perkhidmatan visual ataupun melalui televideo untuk membuat diagnostik kesihatan. “Kertas kerja tersebut turut dibentangkan kepada Menteri sebentar tadi dan pihak kami akan mengadakan perbincangan antara kementerian terutamanya Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk mendapatkan satu perkhidmatan yang dapat disediakan bagi membantu pihak KKM menyediakan perkhidmatan ini di klinik-klinik kesihatan,” ujarnya semasa lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bako pagi […]

trending_flat

Gempa bumi : Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat

16 Januari 2023 - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia pada 16 Januari. Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah : Konsulat Jeneral Malaysia di Medan : No. Telefon : +62 61 4531342, +62 61 4523992 Emel : mwmedan@kln.gov.my Pada 16 Januari 2023, satu gempa bumi dilaporkan berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia. Setakat ini, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation