trending_flat

KPKT Komited Memperkasa Komuniti Dan Inisiatif Hijau Melalui Rm4.6 Juta Peruntukan Pembangunan Projek Laman Selera MPAJ@AMPANG JAYA

SELANGOR, 19 Januari 2023 – YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya pada pagi ini. Sejumlah 4.6 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membangunkan Projek Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya yang berkeluasan 0.71 ekar ini. Pembangunan turut melibatkan pembangunan sebuah Pusat Anaerobic Digester (AD) MPAJ yang berkeluasan 0.37 ekar. Medan selera baru ini merupakan salah satu usaha MPAJ untuk terus memajukan golongan usahawan di kawasan Ampang Jaya dengan menaik taraf industri makanan dan minuman serta menggalakkan aktiviti komersial sekaligus meningkatkan ekonomi warga Ampang Jaya. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) kepada YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Md Yatim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Penyerahan CCC ini merupakan pengesahan bahawa Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya telah siap dibina, […]

trending_flat

Teknologi AI Mampu Tangani Cabaran Jaminan Makanan

Oleh: Muhammad Arshad bin Hassni Negara kini menghadapi dua (2) cabaran semasa iaitu perubahan iklim dan jaminan makanan yang memerlukan campur tangan teknologi tinggi untuk menanganinya. Kedua-dua cabaran ini mempunyai hubung kait yang boleh mendatangkan kesan buruk yang besar jika tiada sebarang perancangan rapi jangka masa panjang dibuat. Tambahan lagi, kebergantungan sumber makanan Malaysia yang tinggi dari luar negara yang melebihi nilai RM60 bilion pada tahun 2021 boleh mendatangkan risiko yang tinggi apabila berlaku krisis ekonomi atau kesihatan seperti pandemik COVID-19 yang lalu. Cabaran semasa berkaitan perubahan iklim di Malaysia termasuk peningkatan suhu, pola hujan yang tidak menentu, dan peningkatan frekuensi dan intensiti bencana alam seperti banjir dan kekeringan menjejaskan sektor pertanian, seterusnya memberi kesan kepada jumlah hasil tanaman di pasaran. Hal ini boleh membawa kepada peningkatan harga makanan di pasaran yang akan membebankan kos sara hidup rakyat. Satu jalan […]

trending_flat

Ismail Sabri lawat kanak-kanak dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan

KAJANG, 19 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkongsi video beliau melawat kanak-kanak yang dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, kanak-kanak tersebut semakin sihat. "Terima kasih kepada pihak Hospital Kajang terutamanya doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga anak ini dengan baik dan sempurna. Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas tindakan seterusnya untuk mendapatkan rumah penjagaan kanak-kanak kepada anak ini. Apa pun alasan, anak adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga dan anak mesti dibelai dan dijaga dengan sempurna bukan didera dan diseksa." kata Ahli Parlimen Bera itu. Seterusnya Ismail Sabri berkongsi video beliau menyantuni kanak-kanak yang sakit di wad kanak-kanak Hospital Kajang. "Ramai yang demam panas, selsema dan sesak nafas. Menurut doktor, sekarang musim kanak-kanak demam selsema & […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation