trending_flat

Inisiatif Menu RAHMAH dilancarkan

SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 - Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan pada Jumaat lepas, telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor hari ini. Menurut KPDN, pelancaran Menu RAHMAH tersebut merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA). "Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan […]

trending_flat

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 - Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan Sukan (KBS) bersama ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan Malaysia telah diadakan di sini pada hari ini. Menurut KBS, sesi tersebut bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan negara untuk memberi dan menyatakan pandangan serta cadangan kepada Menteri mengenai langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk memperkasakan dan memperkembangkan lagi sektor industri sukan negara supaya kedua-dua belah pihak memperoleh keuntungan. "Seramai 297 orang pemegang taruh dari pelbagai industri telah hadir pada hari ini antaranya dari pihak telekomunikasi, gymnasium, pengurusan acara, peruncitan sukan, e-sports, penerbangan dan pelbagai lagi. Kementerian mengambil maklum akan semua perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak industri sukan dan akan berusaha untuk membantu menyelesaikan isu-isu tersebut." kata KBS. Sebagai langkah proaktif, pihak KBS telah menetapkan beberapa perkara yang akan dibincangkan seperti: i. Mempermudahkan […]

trending_flat

Keterjaminan Sumber Makanan: Rusia Dan Malaysia Komited Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

PUTRAJAYA, 31 JANUARI 2023 – Rusia dan Malaysia berazam mahu meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian. Topik ini menjadi perbincangan utama antara YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dengan TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia di Malaysia dalam pertemuan mereka di Putrajaya pada Isnin, 30 Januari 2023. Untuk rekod, Rusia merupakan rakan dagang Malaysia yang aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertanian. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan daripada Rusia adalah sebanyak RM0.77 bilion. Dalam pertemuan ini, Rusia mempelawa Malaysia untuk meningkatkan eksport produk pertanian ke Rusia termasuk buah-buahan tropika dan produk makanan laut. Rusia juga bersedia untuk mengeksport produk halal dan soya ke Malaysia. Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation