trending_flat

Malaysian Social Entrepreneur, Kelvin Tan Named As Obama Leader Among 105 Emerging Leaders

KUALA LUMPUR, 22 February 2023 - The Obama Foundation Leaders programme has announced Kelvin Tan, co-founder and CEO of Project ID among 105 emerging leaders selected to join the programme’s 2023 cohort this year. The programme trains participants around the world in leadership development and civic engagement to help build their skills and scale their work across public, private, and non-profit sectors. Kelvin, from Malaysia, will be one of just 35 Leaders participating in the Asia-Pacific programme. This year’s Asia-Pacific cohort represents 22 nations and territories  across the region. He got his start as a public-school teacher through Teach For Malaysia and went on to co-found and manage Project ID for more than a decade. He has also been recognised as an Acumen Fellow and as a Tatler Gen.T Honouree. He most recently founded Edflow, a digital learning platform to […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sulawesi, Indonesia

27 FEBRUARI 2023 –Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada pukul  9:26 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:26 pagi, 27 Februari 2023Koordinat: 1.6° Selatan 120.2° TimurLokasi: Sulawesi, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 91km Tenggara dari Palu,IndonesiaKedalaman: 36 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Program Khatan Perdana Anak Veteran Atm Wilayah Persekutuan Dan Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2023 - Mej Jen Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah merasmikan Program Khatan Perdana Anak-anak Veteran ATM anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor. Program tersebut telah diadakan di Surau Ibnu Sina, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) dengan penglibatan doktor perubatan dari Bahagian Perkhidamatan Kesihatan ATM (BPK). Tujuan pelaksanaan program ini adalah sebahagian daripada usaha pihak JHEV ATM untuk membantu anak-anak veteran menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan di dalam Islam iaitu kewajipan untuk berkhatan. Ia juga turut membantu para veteran meringankan bebanan kos berkhatan serta suatu bentuk inisiatif bagi meningkatkan kerjasama di antara JHEV dengan Persatuan-Persatuan Veteran ATM disamping mengekalkan hubungan erat JHEV bersama Perkhidmatan Kesihatan ATM Terdahulu, Ketua Pengarah […]

trending_flat

Restoran Marrybrown tawarkan Menu RAHMAH

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2023 - Restoran Marrybrown yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual) utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera halal tempatan pertama yang telah melancarkan “Menu RAHMAH” di negara ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan hari ini, Menu RAHMAH itu ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH Burger Ayam atau Menu RAHMAH Nasi Kari dan disertakan dengan sebotol air minuman dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. "Hidangan tersebut boleh dibeli bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari di lebih 200 cawangan Marrybrown seluruh negara kecuali di semua cawangan Marrybrown di lapangan terbang dan juga taman tema Genting." katanya. Dalam pada itu, Menterinya Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, […]

trending_flat

KKR terima kenaikan 15% dalam Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR 25 Februari 2023 - Pengumuman Belanjawan 2023 semalam disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Secara keseluruhan, kementerian tersebut menerima RM8.439 bilion peruntukan bagi tahun 2023, iaitu kenaikan 15 % berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022. Menurut KKR dalam satu kenyataan hari ini, jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM865.27 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.07% berbanding RM823 juta yang diterima untuk tahun 2022. "Manakala bajet pembangunan tahun 2023 yang diluluskan adalah sebanyak RM7.573 bilion berbanding RM6.483 bilion pada tahun 2022. Menerusi bajet 2023 Kerajaan komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion ringgit dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer." kata KKR. Bajet 2023 menyaksikan usaha Kerajaan menyegerakan projek penyenggaraan prasarana infrastruktur rakyat melibatkan: 1. Peruntukan RM2.7 bilion ringgit untuk menyenggara […]

trending_flat

Perjawatan Maritim Malaysia Dijangka Diisi Sepenuhnya menjelang 2026

KUANTAN, 25 Februari 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013. Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi berkata sempena Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 elaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi ini. Daripada jumlah berkenaan, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak 90.76% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan. Beliau turut menjangkakan sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelangtahun 2026. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 […]

trending_flat

Belanjawan 2023 bukti komitmen Kerajaan Persekutuan perjuangkan kebajikan Sabah dan Sarawak

24 Februari 2023 - Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menyifatkan bahawa peningkatan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 berbanding Belanjawan 2022 membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan. Menurut Fadillah dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM6.5 bilion dalam Belanjawan 2023 berbanding RM5.16 bilion pada 2022, manakala Sarawak menerima peruntukan RM5.6 bilion pada 2023 berbanding RM4.67 bilion pada 2022. "Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani juga, jelas membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan. Ini terbukti dengan sejumlah RM20 bilion diperuntukan untuk menerus dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Pan Borneo Sarawak serta Sabah Sarawak Link Road dengan jajaran lebih 1,000 kilometer. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation