Dr. Masliha akan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO
KUALA LUMPUR 9 Februari 2023– Exco Pergerakan Puteri UMNO Dr. Masliha Harun mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO mengantikan Datuk Zahida Zarikh Khan. Masliha yang bergiat lebih 20 tahun sebagai ahli parti berkata, REVU akan menjadi visi beliau kepada Puteri UMNO sekiranya terpilih sebagai ketua sayap yang baharu. REVU yang bermaksud peremajaan (rejuvenation), pemerkasaan (empowerment), suara (voice) dan perpaduan (unity) berupaya membawa inspirasi dan kekuatan kepada Puteri UMNO dan parti itu sendiri. “Politik sekarang ini dinamik. Dulu politik khidmat bakti sekarang politik baru. Kita perlu rejuvenasi Puteri dengan menarik penyertaan anak muda kepada UMNO secara lebih agresif. “Saya mahu tambahkan keahlian Puteri dengan melibatkan semua kumpulan iaitu mahasiswa, profesional dan golongan wanita muda berumur 18 tahun. “Saya juga mahu empowered Puteri. Bukan sekadar memperkasakan tetapi berani membawa suara anak muda dengan imej lebih yakin dengan memperjuangkan ekonomi, pendidikan dan kepimpinan […]