trending_flat

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding bagi mengekalkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini. Beliau yang hadir ketika sesi rehat Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen itu menyerahkan borang tersebut pada pukul 2 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis berkata, fokus utama parti cukup jelas iaitu kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk bangkit semula dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana inilah parti yang menjadi dokongan orang Melayu. “Tuntutan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO di Pasca PRU ini bukan lagi satu pilihan namun satu kewajipan buat saya dan semua ahli” “Beri peluang untuk […]

trending_flat

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen golongan muda Malaysia dan Singapura perlu mewujudkan ekosistem kerjasama berasaskan kepentingan bersama antara kedua-dua negara. Wakil rakyat kedua-dua negara perlu dijalinkan melalui hubungan mesra anggota legislatif sebagai pembentuk dasar dan perundangan”. Demikian antara perkara yang dibincangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, ketika menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Singapura, Yang Berhormat Tan Chuan Jin di Parlimen hari ini. Dalam pertemuan tersebut, perbincangan juga menjurus kepada asuhan akhlak legislatif dalam kalangan wakil rakyat dan hubungan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Kunjungan Speaker Parlimen Singapura ke Malaysia turut diraikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Johari Abdul dalam satu majlis khas yang diadakan semalam. Menurut Tan Sri Rais, buat masa sekarang Parlimen Malaysia bercadang untuk mewujudkan semula Parlimen Belia sama seperti Parlimen […]

trending_flat

MAFS Dan M-FICORD Sasar Pemodenan Sektor Agromakanan Bakal Jana Peluang Pekerjaan Tempatan

KUCHING, 21 FEBRUARI 2023 – Usaha pemodenan sektor agromakanan adalah pemangkin bagi menarik minat bakat muda menceburi bidang tersebut dan seterusnya mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan di Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin berkata demikian ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan ini adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sarawak sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember 2022. Pertemuan ini penting bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Chan turut menekankan bahawa pembangunan industri asas tani bakal menambah nilai eksport didorongi oleh usaha meneroka pasaran antarabangsa, terutamanya […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Turkiye pagi tadi

21 FEBRUARI 2023 - – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Turkiye pada pukul 1:04 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:04 pagi, 21 Februari 2023Koordinat: 36.1° Utara 35.9° TimurLokasi: TurkiyeMagnitud: 6.3Jarak: 114km Tenggara dari Adana ,TurkiyeKedalaman: 58 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Menteri KKR adakan perjumpaan bersama kontraktor kecil G1, G2 dan G3 KL dan Selangor

KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 – Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakanperjumpaan dengan kontraktor kecil G1, G2 dan G3 dari Kuala Lumpur dan Selangor di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya semalam. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan, perjumpaan itu adalah sebahagian usaha Kementerian sebagaimana konsep “industrial engagement” berinteraksi secara terus untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dan cabaran yang dihadapi para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan juga swasta. Kata KKR, menerusi sesi itu, kontraktor kecil dapat menyuarakan pandangan kepada Menteri Kerja Raya dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian tersebut. "Sesi libat urus dan interaksi ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan YB Menteri Kerja Raya dalam memastikan isu dan cabaran penggiat industri termasuk para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek didengar dan dapat mencari solusi bersama secara berkesan serta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation