trending_flat

Kuala Lumpur Disenaraikan Sebagai Lokasi Terbaharu Hab De Rantau Untuk Nomad Digital

PETALING JAYA, 23 Februari 2023 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching hari ini merasmikan DE Rantau@Kuala Lumpur bertempat di Komune Living, Bangsar South anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). DE Rantau merupakan program yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN sekali gus meningkatkan penggunaan digital dan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu daripada Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dijangka mampu menyumbang sehingga RM4.8 bilion perbelanjaan kepada ekonomi domestik negara menjelang tahun 2025. DE Rantau turut memberi faedah melalui perkongsian maklumat, kepakaran dan kemahiran kepada pasaran tenaga kerja negara dengan nomad digital dari seluruh dunia. Ini adalah selaras dengan inisiatif Malaysia Digital yang memberi tumpuan menggerakkan rakyat untuk memainkan peranan penting dalam ekonomi digital. Kuala Lumpur merupakan lokasi program nomad digital ketiga selepas Pulau Pinang […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pagi tadi

23 FEBRUARI 2023 – – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pada pukul 8:37 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:37 pagi, 23 Februari 2023Koordinat: 38.0° Utara 73.2° TimurLokasi: Tajikistan-Rantau Sempadan XinjiangMagnitud: 6.5Jarak: 363km Timur Laut dari Taloqan,AfghanistanKedalaman: 49 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation