MAFS Dan M-FICORD Sasar Pemodenan Sektor Agromakanan Bakal Jana Peluang Pekerjaan Tempatan
KUCHING, 21 FEBRUARI 2023 – Usaha pemodenan sektor agromakanan adalah pemangkin bagi menarik minat bakat muda menceburi bidang tersebut dan seterusnya mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan di Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin berkata demikian ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan ini adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sarawak sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember 2022. Pertemuan ini penting bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Chan turut menekankan bahawa pembangunan industri asas tani bakal menambah nilai eksport didorongi oleh usaha meneroka pasaran antarabangsa, terutamanya […]