trending_flat

KPKT Progresif Berjaya Menutup 127 Tapak Sampah Haram Melebihi Sasaran Dalam Tempoh 100 Hari Pentadbiran YB Menteri KPKT

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan kejayaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menutup 127 tapak sampah haram melebihi sasaran di tujuh (7) buah negeri yang menggunapakai Akta 672 dalam tempoh 100 hari pentadbiran YB Menteri KPKT. Anggaran jumlah sisa yang dibersihkan adalah sebanyak 425 tan bagi 127 tapak sampah haram yang telah ditutup. Sisa domestik merupakan jumlah sisa yang tertinggi ditemui di lokasi iaitu meliputi 23%, diikuti sisa binaan sebanyak 8% dan sisa pukal sebanyak 7%. Selebihnya adalah merupakan sisa bercampur terdiri daripada sisa domestik, sisa binaan dan sisa kebun iaitu sebanyak 62%. Selain itu, bagi kategori pemilik tanah yang telah dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal haram, sebanyak 79% adalah di tanah Kerajaan dan 21% adalah di […]

trending_flat

Tun Taib terima kunjungan hormat Pengerusi SPAN

KUCHING, 7 Mac 2023 – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN), Datu Dr. Sabariah Putit di kediaman rasmi, Demak Jaya, pagi tadi. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan beliau bersama-sama dengan beberapa orang pegawai yang baharu dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli-ahli SPAN bermula pada 1 Januari yang lalu. “Tun Taib amat bersyukur dan berbangga dengan perkembangan serta kemajuan Sarawak hari ini apabila mengimbau kembali keadaan pada suatu ketika dahulu. “Tun Taib juga merasakan negeri kita tidak ada masalah sungguhpun terdiri daripada pelbagai bangsa di dalam memastikan perkhidmatan awam negeri dijaga dengan baik dan dapat menyokong amanat kerajaan negeri dan hala tuju negeri yang diterajui oleh Premier Sarawak,” kata Dr. Sabariah yang ditemui media selepas sesi kunjungan hormat. Beliau memberitahu, SPAN akan memastikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation