Salahuddin tinjau pematuhan peniaga di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU. 12 Mac 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah turun padang meninjau sendiri tahap pematuhan peniaga ke atas penentuan harga maksimum bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMAT) ketika sesi walkabout di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah. Pada masa yang sama beliau memantau keberadaan bekalan barang-barang perlu dan kedudukan harga semasa bagi persediaan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba. Menurut Salahuddin, menjelang sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Katanya strategi itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Langkah-langkah itu juga mencerminkan usaha berterusan bagi melindungi pengguna […]