trending_flat

Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bersara selepas 42 Tahun Berkhidmat kepada Negara

PUTRAJAYA, 16 Mac 2023 - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som akan bersara wajib pada19 Mac 2023 selepas menabur bakti selama 42 tahun menjaga keselamatan perairan negara. Memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah ke-5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula 19 Ogos 2019, Dato’ Mohd Zubil telah menerajui Agensi ini selama hampir 3 tahun 7 bulan selepas dilantik bagi mengambil alih tugas mantan Ketua Pengarah pada ketika itu iaitu Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang telah bersara wajib. Pada ucapan beliau, Dato’ Mohd Zubil menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. “Jangan sesekali membuka ruang kepada orang luar untuk mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita. Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik meskipun pelbagai cabaran dan dugaan harus kita hadapi. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation