trending_flat

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 - Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian yang membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R – Race, Religion, Royalty) di media sosial dan aplikasi pemesejan. Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, peringatan tersebut dibuat susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara. "Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan mereka. Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan […]

trending_flat

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk Seri Mohamad bin Sabuakan mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Republik Indonesia bagi lawatan kerja selama 3 haribermula 17 hingga 20 Mac 2023. Menurut KPKM, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang digunapakai Indonesia dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi. "Lawatan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 KPKM untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. YB Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Bapak Harvick Hasnul Qolbi, Wakil Menteri Pertanian Republik Indonesia pada 20 Mac 2023 bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk ekonomi, pelaburan dan teknikal. Turut dijadualkan, lawatan ke Pusat Penelitian Pengembangan dan Penerapan Bioteknologi di Serang, Banten bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan industri padi Indonesia." kata KPKM dalam satu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation