Jualan RAHMAH Raya SABELLA
SELANGOR, 25 MAC 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH Bersama SABELLA yang diadakan di HQ SABELLA Holding Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. "Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada." kata KPDN dalam satu kenyataan hari ini. Bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati […]