trending_flat

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melepaskan “Flag Off” Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun yang diadakan di Lobi Pejabat Ketua Majlis, Bangunan Parlimen hari ini. Menurut Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1500 Bakul RAHMAH dan 6 buah lori telah dilepaskan ke Tambun oleh Perdana Menteri hari ini. "Untuk pengetahuan umum, KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini. Sehingga hari ini, sebanyak 26,150 Bakul RAHMAH telah diagihkan ke seluruh Malaysia dengan bantuan sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM). Kementerian akan menggerakkan Inisiatif […]

trending_flat

Malaysia berhasrat anggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat) bagi Mewakili Rantau Asia Pasifik

PUTRAJAYA, 28 MAC 2023 –Satu sesi libat urus bersama duta besar dan wakil kedutaan asing di Malaysia daripada negara-negara rantau Asia Pasifik telah diadakan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2023 baru-baru ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, majlis yang julung kali diadakan itu melibatkan YB KM semenjak beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 3 Disember 2022. "Majlis ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) merupakan satu wadah untuk merealisasikan hasrat Malaysia menganggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat). Sesi libat urus ini merupakan inisiatif dan usaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meraih sokongan bagi Malaysia untuk menggangotai Lembaga Eksekutif tersebut […]

trending_flat

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM), telah mengetuai delegasi Malaysia ke The 10th AsiaPacific Forum on Sustainable Development (APFSD10) yang berlangsung pada 27 hingga 30 Mac 2023 bertempat di Pusat Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC), Bangkok. Bertemakan ‘Mempercepatkan pemulihan daripada penyakit Coronavirus (COVID-19) dan pelaksanaan penuh Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan di semua peringkat di Asia dan Pasifik’, APFSD10 merupakan sebuah forum antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penganjuran APFSD10 ini bermatlamat untuk menyokong tindakan susulan dan kajian semula kemajuan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat serantau. Ia juga berperanan sebagai Mesyuarat Persediaan Serantau ke Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) di New York pada Julai 2023. Selaras dengan fokus HLPF 2023, APFSD10 akan menilai kemajuan pelaksanaan SDGs melibatkan Matlamat 6 (Air bersih dan sanitasi); Matlamat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation