trending_flat

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50, Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan 50 pakej pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga istimewa di laman sesawang malaysia.travel . Penawaran pakej ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi pelancongan berdaftar dan empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan inap desa di seluruh Malaysia. Menariknya, kesemua pakej segmen ini ditawarkan dengan tema angka 50 seperti diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain. Orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua, merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf, agropelancongan, inap desa, pencerapan burung (birdwatching), white water rafting, waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise dan animal sighting. Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira di taman tema, […]

trending_flat

Pelajar OKU Kolej Komuniti Menempa Nama di Pertandingan Antarabangsa

Batu Caves, 29 Mac 2023 – Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni, 23, alumni Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah menempa nama di persada antarabangsa apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi kategori ‘Restaurant Services’ dan dianugerahkan ‘Medallion of Excellence for Malaysia Team’ dalam Pertandingan Abilimpik Peringkat Antarabangsa ke-10 tahun 2023 di Perancis pada 23 Mac hingga 26 Mac 2023 yang lepas. Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni yang lebih mesra dikenali sebagai Naufal telah menjalani latihan intensif daripada tahun 2019 bagi memastikan beliau bersedia dalam pertandingan yang berprestij ini. Naufal merupakan alumni Sijil Asas Kulinari KKSY kategori golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran. Kejayaan Naufal bermula pada 2018 apabila menyertai Pertandingan Abilimpik Peringkat Kebangsaan dan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut bagi bidang yang sama. Kejayaan itu memberi peluang kepada Naufal untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa ini. “Kejayaan saya ini adalah hasil daripada sokongan dan komitmen yang tinggi daripada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation