Laporan “Double-Six Tragedy” boleh dimuat turun
12 April 2023 - Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook (Anthony Loke) memaklumkan bahawa proses untuk menyahklasifikasikan Laporan Siasatan Akhir Kemalangan Udara Pesawat Sabah Air Nomad N-22B 9M-ATZ yang berlaku pada 6hb Jun 1976 “Double-Six Tragedy”) telah selesai pada 6hb April 2023. Menurut Anthony dalam satu kenyataan media hari ini, sebagai Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab ke ataspenerbangan awam dan siasatan kemalangan udara, beliau telah mengelaskan semula laporan siasatan akhir tersebut sebagai dokumen terbuka dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972. "Mulai hari ini, laporan lengkap tersebut dapat dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia di :Https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad. Untuk makluman, laporan siasatan akhir kemalangan udara Nomad N22B 9M-ATZ disiapkan pada 25hb Januari 1977 dan kemudian dibentangkan ke Jemaah Menteri pada bulan Mac 1977. Namun begitu, hasil siasatan laporan tersebut tidak pernah diumumkan. Oleh demikian, selama […]