trending_flat

Penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan

PUTRAJAYA 14 April 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. "Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini." kata MOT. Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh […]

trending_flat

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023. Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023. "Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Selain […]

trending_flat

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 - Seramai 300 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Malaya (UM) telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran sempena penganjuran Iftar Perdana UM 2023 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM semalam. Majlis Tadarus ini berjaya dilaksanakan dengan tajaan daripada beberapa individu iaitu UM Holdings, Kedutaan Arab Saudi dengan kerjasama pihak Akademi Pengajian Islam dan Kompleks Nasyrul Quran. Menurut Pengarah Majlis Iftar Perdana UM 2023/Ketua Penolong Pendaftar, Rumiza Ahmad, majlis tadarus ini pertama kali dijalankan di DTC di mana setiap peserta menerima tajaan Al-Quran, sejadah dan juadah iftar. “Selain itu, edaran bubur lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, tahlil  dan serahan sumbangan kepada 85 pelajar dan staf asnaf juga dijalankan pada hari yang sama. Saya berharap agar program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan universiti,” katanya. Iftar Perdana UM 2023 yang julung kalinya diadakan di DTC UM […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation