trending_flat

Lokasi siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2023

23 April 2023 - Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan mengadakan siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan April dan Mei, di beberapalokasi. Lokasi-lokasi itu adalah seperti tertera di poster di bawah : "Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI. Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita." ujar Fahmi.

trending_flat

Komuniti Rentan Chow Kit Ceria Aidilfitri 2023 disantuni dengan Kelengkapan Raya dan Potongan Rambut Raya

KUALA LUMPUR 23 April 2023 - Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) tengah mengadakan tinjaun di lapangan Jalan Chow Kit pada Hari Raya Pertama dan Hari Raya Kedua pada tahun 2023 ini. Dalam satu kenyataan, MASAC berkata hasil dari tinjauan tersebut didapati bahawa majoriti rakan jalanan (gelandangan) yang terdiri dari penagih dadah, maknyah, anak-anak asnaf, orang tua yang tidak tinggal bersama keluarga, pelacur, memakai kelengkapan Raya yang lengkap hasil beberapa sumbangan pelbagai NGO dari seluruh negara. Mereka juga terlihat amat kemas dan bersih dengan potongan rambut baru yang teratur. "MASAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang terlibat membantu menceriakan Komuniti terpinggir Jalan Chow Kit ini melalui pelbagai edaran kelengkapan Raya, MASAC sendiri pada 15 April 2023 bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, PUAKPayong, Projek Belia Mahir, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Kepulauan Kermadec, New Zealand

21 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8:41 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:41 pagi, 24 April 2023Koordinat: 29.9° Selatan 177.6° BaratLokasi: Kepulauan Kermadec, New ZealandMagnitud: 7.1Jarak: 1,037km Timur Laut dari Tauranga,New ZealandKedalaman: 75 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation