trending_flat

Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah

20 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi lemah di laut telah berlaku Beluran Sabah pada pukul 9:07 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:07 pagi, 20 April 2023Koordinat: 6.6° Utara 117.4° TimurLokasi: Beluran, SabahMagnitud: 3.5Jarak: 365km Utara dari Tarakan,IndonesiaKedalaman: 10 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan 2023 dan telah menyelamatkan lebih 785kg juadah makanan dan minuman yang tidak habis dijual di bazar ramadhan dari terbuang dan diedarkan kepada yang memerlukan. Program MYSAVEFOOD@Ramadan 2023 ini merupakan anjuran anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia  (MARDI), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dengan kerjasama Kelab Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) Universiti  Malaya. Menurut penyelaras program dan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Rosazlin Abdullah, selama 2 minggu sukarelawan telah turun ke Bazar Ria Pantai Dalam untuk menangani masalah jualan makanan yang tidak habis di jual oleh peniaga bazar ramadhan. “Makanan dan minuman yang tidak terjual oleh para peniaga dikumpulkan, ditimbang serta direkodkan sebelum diagihkan kepada penduduk di PPR Kerinchi. Satu pertiga makanan daripada makanan yang dihasilkan di seluruh dunia untuk keperluan makanan penduduk dunia dibazirkan dan kebanyakkannya berakhir di tapak pelupusan sampah. Sedia maklum bahawa pengumpula sisa makanan di tempat sampah akan menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti […]

trending_flat

RM7.3 Juta Nilai Rampasan Seminggu OP Khas Pagar Laut

PUTRAJAYA, 18 April 2023 - Sejumlah RM7.3 juta nilai rampasan keseluruhan telah direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hasil daripada 18 kes tangkapan melalui Op Pagar Laut yang dilaksanakan bermula 9 April lalu hingga semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 6 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri daripada 16 orang pelbagai warga negara, 3 kes penyeludupan kontraband rokok, 3 kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA), 1 kes penyeludupan barang kawalan minyak masak serta 5 kes berkaitan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952). Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menambah kejayaan ini adalah hasil rutin rondaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh 800 pegawai dan anggota penguat kuasa yang telah ditugaskan dalam operasi ini disamping 45 buah pelbagai aset milik agensi ini. […]

trending_flat

20 Juta Kampit Simen Rahmah bantu Kurangkan Beban Kos Harga Rumah

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemajuan rumah mampu milik dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju perumahan swasta. Inisiatif ini melibatkan harga rumah dalam kategori rumah mampu milik iaitu yang berharga RM300,000.00 dan ke bawah untuk kumpulan sasaran B40 dan M40. Dalam siaran media hari ini, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - YB Nga Kor Ming berkata , C&CA telah menawarkan 1 juta tan metrik simen pukal (bulk cement) dengan harga RM290.00 setiap tan metrik berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410.00 setiap tan metrik. Penurunan ini adalah sebanyak RM120.00 setiap tan metrik bersamaan insentif sebanyak 29.3% daripada pembekal simen. Nilai 1 juta tan metrik simen ini akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram. Pada masa ini, nilai harga […]

trending_flat

Kementerian Perpaduan Negara lancar Program Kembara Perpaduan @ Kampus

SHAH ALAM, 17 April 2023 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan Program Kembara Perpaduan @ Kampus, bertempat di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam semalam. Menurut KPN dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, belia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah negara. "Sumbangan dan penyertaan belia sangat diperlukan khususnya dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Bertepatandengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mulai Disember 2022 berperanan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang merupakan salah satu usaha ke arah membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya dan rakyat Malaysia amnya. YSS kini merupakan salah satu (1) jentera di bawah KPN yang bertindak untuk membantu KPN dalam menggerakkan program Kementerian dan Jabatan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

15 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 11:07 malam semalam. Maklumat mengenai kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:07 malam, 15 April 2023Koordinat: 5.0° Selatan 102.6° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.9Jarak: 131km Barat Daya dari Pagar Alam,IndonesiaKedalaman: 59 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

PDRM akan laksanakan OP Lancar dan OP Selamat 20

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 - OP Lancar akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 dan 19 April 2023 bagi memastikan kelancaran perjalanan bersempena sambutan Hari Raya Eid’l fitri 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan melaksanakan OP Selamat 20 bermula 20 April hingga 27 April 2023 (8 hari) bertemakan ‘rumah selamat, sampai ke destinasi’. "Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. Juga dalam OP Selamat 20, PDRM melalui Jabatan Pjenayah dan Keselamatan Lomuniti (JPJKK) akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah melalui elemen kereta peronda (MPV), […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation