trending_flat

JBPM Lancar EMARS

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM)telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha binti Mustafa. Dalam ucapan perasmian di majlis tersebut YB KM berkata, “KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat. Tambah beliau, “Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.” Selain digunakan untuk membawa doktor, […]

trending_flat

KKR terbitkan video penjelasan berkenaan penutupan FT2747

KUALA LUMPUR 15 April 2023 - Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerbitkan video penjelasan mengapa laluan FT2747 di Gua Musang, Kelantan ditutup. Menurut KKR di dalam satu hantaran di Facebook rasminya, pelaksanaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D telah turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747. "Untuk makluman, pada masa sekarang aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 yang telah bermula sejak Disember 2022 (dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar, Gua Musang, Kelantan) dan pada 19 Januari 2023, sebahagian laluan FT2747 telahpun ditutup sehala bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah menaiktaraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan. Sehubungan dengan itu, setelah mengambilkira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, sebahagian FT2747 akan ditutup sehingga 31 Disember 2024. Penutupan ini adalah bagi menyuraikan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Jawa, Indonesia

14 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 5:55 petang semalam. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:37 petang, 14 April 2023Koordinat: 6.2° Selatan 113.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 113km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 589 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

Penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan

PUTRAJAYA 14 April 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. "Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini." kata MOT. Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh […]

trending_flat

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023. Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023. "Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Selain […]

trending_flat

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 - Seramai 300 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Malaya (UM) telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran sempena penganjuran Iftar Perdana UM 2023 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM semalam. Majlis Tadarus ini berjaya dilaksanakan dengan tajaan daripada beberapa individu iaitu UM Holdings, Kedutaan Arab Saudi dengan kerjasama pihak Akademi Pengajian Islam dan Kompleks Nasyrul Quran. Menurut Pengarah Majlis Iftar Perdana UM 2023/Ketua Penolong Pendaftar, Rumiza Ahmad, majlis tadarus ini pertama kali dijalankan di DTC di mana setiap peserta menerima tajaan Al-Quran, sejadah dan juadah iftar. “Selain itu, edaran bubur lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, tahlil  dan serahan sumbangan kepada 85 pelajar dan staf asnaf juga dijalankan pada hari yang sama. Saya berharap agar program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan universiti,” katanya. Iftar Perdana UM 2023 yang julung kalinya diadakan di DTC UM […]

trending_flat

Jalin Hubungan Penduduk Setempat Banteras Jenayah Rentas Sempadan

KOTA TINGGI, 13 April 2023 - Bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan khususnya komuniti maritim tentang ancaman jenayah rentas sempadan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Australian Border Force (ABF) telah menganjurkan program Iftar bersama masyarakat setempat di Tanjung Sedili hari ini. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, program ini dilaksanakan sebagai platform bagi memberikan maklumat kepada masyarakat tempatan agar tidak terlibat atau dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam aktiviti jenayah di laut. “Kegiatan seperti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyeludupan dadah serta barang kawalan merupakan aktiviti jenayah yang telah dikesan dilakukan oleh penjenayah. Justeru saya menasihati kepada komuniti maritim agar tidak terjerumus dalam kegiatan ini. Program pada hari ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia serta pihak ABF dalam usaha menyampaikan penerangan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation