trending_flat

Penjelasan JPN berkenaan isu penipu identiti terdiri dari warga asing

4 April 2023 - Berhubung laporan bertajuk "46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam” yang disiarkan oleh sebuah media semalam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil hari ini memberi penjelasan. Jelas JPN dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu agensi yang diberikan kemudahan akses kepada Sistem myIDENTITY milik JPN. "Sistem myIDENTITY mula diperkenalkan pada tahun 2012 telah dapat membantu SPA mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Pengintegrasian sistem ini juga membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang mana ianya merupakan keperluan wajib kerana jawatan di dalam sektor awam adalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja. JPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan ini." kata […]

trending_flat

Pencalonan bersama Kebaya ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity

4 APRIL 2023 - Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerajui inisiatif untuk mengangkat ‘Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices’ sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah mengemukakan pencalonan secara bersama bagi Kebaya ke UNESCO kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan warisan sejarah, menggalakkan persefahaman silang budaya dan pemakaiannya masih aktif diamalkan oleh komuniti di rantau Asia Tenggara. Kata MOTAC, berdasarkan konsensus, semua negara yang mengambil bahagian dalam pencalonan bersama ini terlibat dalam beberapa siri mesyuarat sejak awal tahun 2022. "Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk bengkel pertama yang diadakan secara fizikal di Port Dickson, Negeri Sembilan pada November 2022 lalu […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia

3 April 2023 - Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59malam semalam. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km. 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia. Tambah MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Katanya lagi, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

trending_flat

Harga runcit minyak masak sawit kemasan botol kekal

PUTRAJAYA 3 April 2023 - Bagi membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna serta untuk memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023 seperti jadual di bawah: Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini dibuat meskipun terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik. "Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM 4,139 per tan matrik berbanding RM 3,908 per tan matrik pada bulan […]

trending_flat

Timbalan Menteri Pertahanan Santuni Veteran Negeri Kedah Dan Pulau Pinang

ALOR SETAR 3 April 2023 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah melaksanakan Program Peduli Veteran (PPV) peringkat Negeri Kedah semalam. Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan tiga (3) lawatan kebajikan serta menyantuni veteran-veteran ATM di sekitar Alor Setar. Program ini adalah merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam usaha memberi fokus berterusan kepada veteran dan keluarga tanggungan khususnya dalam aspek kebajikan. Ia juga merupakan usaha pihak kementerian untuk memastikan agenda tersebut sentiasa diberi keutamaan. PPV yang dilaksanakan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan perhatian dan bantuan. Veteran-veteran tersebut antaranya ada yang mengalami sakit kritikal, uzur serta tinggal dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kotak makanan dan sumbangan-sumbangan lain yang […]

trending_flat

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 - Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan RM190,000 Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH) kepada empat (4) buah masjid bagi melaksanakan inisiatif hijau pada semalam. Menurut MGTC dan YWM dalam satu kenyataan, 4 masjid yang telah berjaya bagi fasa pertama tersebut ialah Masjid Nurul Iman, Pulau Pinang dan Masjid Dato’ Klana Petra Sendeng, Negeri Sembilan bagi pemasangan sistem solar PV, Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi pembangunan kebun bandar lestari dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Johor bagi sistem pengumpulan dan rawatan air hujan serta pemasangan pili cekap air. "WMH merupakan sumber pendanaan bagi projek pembangunan masjid di Malaysia berasaskan teknologi hijau di samping menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat. Berkonsepkan pengumpulan dana awam yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation